Tuesday, December 22, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1421



Selamat Tahun Baru 1421H
Semoga tahun ini menjanjikan lebih banyak kejayaan dan keberkatan Ilahi.

Thursday, June 25, 2009

SEMINAR MENCEGAH GEJALA SOSIAL



Hijrah Training menghadiri SEMINAR MENCEGAH GEJALA SOSIAL pada hari Rabu-Khamis, 24-25 Jun 2009 di Dewan Perdana Hotel Bluewave Shah Alam anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Seminar ini dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali,
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Sebanyak 13 kertas kerja dibentangkan sepanjang seminar tersebut. antaranya ;

Hari Pertama ;
1. Gengsterisme, Lari Dari Rumah dan Vandalisme oleh DSP Zaleha bt Hj Md Jais (IPD PDRM)
2. Gejala Sosial -Kajian dan Punca serta Penyelesaian Mengikut Perspektif Islam oleh YBhg Ustaz Hj Nasruddin Hassan (AKADEMI AS-RASYIDIN)
3. Pergaulan Bebas - Punca dan Penyelesaian oleh YBhg Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir (UM)
4. Gejala Buli, Ponteng dan Menghisap Rokok Di Kalangan Pelajar oleh YBhg Dato' Md Mydin Md Sheriff (INPENS)
5. Identiti,Orientasi Seksual dan Penghargaan Kendiri Golongan Pelajar Sissy dan Tomboy oleh YBhg Prof Madya Iran Herman (UKM)
6. Pengabaian Kanak-Kanak oleh Tn Hj Adnan Abu Bakar (JKM)
7. Kes Ibu Tanpa Nikah di Selangor oleh YBhg Dr Fatimah Abdullah
8. Penderaan Dalam Rumahtangga oleh En. Mohd Hasbi Abd Rashid

Hari Kedua ;

9. Tanggungjawab dan Peranan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
10. Psiko - Sosial dan Mental - Kognitif Islam Sebagai Peramal Tingkah Laku Jenayah di Kalangan Remaja oleh En Khairil Anwar (UKM)
11. Global Media, Young People an Sexuality oleh YBhg Dr Fauziah Ahmad (UKM )
12. Penyisihan Sosial dan Penglibatan Pelajar Seklah Dalam Tingkah Laku Berisiko oleh YBhg Dr Haris Abdul Wahab (UM)
13. Discipline Problem Among Studentd ; Cause and Strategy to Avoid oleh En Saifuddin Kumar Abdullah (UPM)

Diserikan oleh Pengkisahan Kejayaan oleh ;
1. Pn Hjh Siti Hasnah Haji Ahmad Suhod ( Rumah Kebajikan Darul Islah, Sabak Bernam )
2. Pn Hjh Norlina Hj Alawi ( PERNIM - Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia )
3. Tn Hj Ahmad Ansory Morshid ( Pondok Bustanul Arifin, Banting )


Resolusi dipimpin oleh YBhg Dato' Hj Mohd Nahwari Hj Hashim.
Semoga banyak membawa manfaat dan diberkati illahi.

Sunday, May 3, 2009

Projek Kem Hijrah

Hijrah telah menerima tiga bidang tanah di Puncak Alam untuk dibina sebuah Kem yang mengandungi asrama, dewan, surau, kantin, extreem park dll seluas lebih kurang 11 ekar. Jika siap nanti konsep kem tersebut adalah berasaskan pendidikan insan holistik.
Doakan impian ini menjadi kenyataan.

Saturday, March 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Pengurusan Hijrah Training & Management [HTM] mengucapkan
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H
kepada semua kakitangan, Peceramah, Fasilitator, ahli kelab hijrah
dan kepada semua muslimin muslimat.
Semoga kita menjadi 'khaira ummah' yang berwahdah.

Wednesday, February 25, 2009

Hijrah, satu fenomena




Hijrah, satu nama yang tidak asing bagi halwa telinga kita, satu perkataan yang ringan disebut tetapi mempunyai implikasi yang sangat mendalam. Ia telah menjadi saksi satu sejarah yang amat penting dalam pentadbiran kerajaan islam yang pertama.


Mengambil semangat yang sedikian, Hijrah Training & Management mempunyai matlamat yang besar yang hendak dikongsi bersama penghuni dunia ini, menghijrahkan minda manusia ke arah kebaikan bersama.

Monday, January 5, 2009

HIJRAH berhijrah

dari sebuah kehidupan yang tiada berpenghujung,
berhijrahlah kepada matlamat akhirat.

matlamat teragung, terpenting dan the real objective.