Sunday, November 15, 2015

KURSUS KEUSAHAWANAN MAKANAN RINGAN



Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (PERANGSANG) akan mengadakan Kursus Keusahawanan Makanan Ringan (Cendol dan Laksa) di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) pada ;

hari : Isnin - Khamis (7-10 dan 14-17 Disember 2015)
masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
tempat : Dewan Hijrah. No.5B Pusat Perdagangan Suri Puteri, Sec 20 Shah Alam

Pendaftaran : 15-30hb November 2015
Tapisan : 1-4 Disember 2015

Syarat2 am :

1. Anak Selangor berumur 18thn keatas
2. Atau warganegara yg bermastautin di selangor lebih 2 tahun (sila dapatkan pengesahan ketua kg atau ADUN)
3. Calon adalah berstatus tiada pekerjaan tetap bermajikan atau menjadikanya part time
4. Bersedia membuat laporan berkala
5. Bersedia menerima lawatan pemantauan berkala
6. Bersedia untuk berniaga
7. Bersedia menerima syarat dan peraturan sepanjang kursus dan pasca kursus

Anda Berminat ???

emelkan butiran peribadi ke hijrah.training@gmail.com

Thursday, August 13, 2015

KURSUS KEUSAHAWANAN MAKANAN

Kursus Keusahawanan Makanan Ringan adalah merupakan program kursus pensijilan yang dirangka untuk memberi peluang kepada belia menganggur yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan peluang ini juga dibuka kepada graduan atau belia yang masih belum mendapat pekerjaan. Program ini juga bertujuan membuka terus peluang pekerjaan kepada anak-anak muda selepas tamat kursus, supaya mereka dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka. Peserta akan diberi kursus Latihan Dalam Kelas selama 2 minggu dan Latihan Dalam Pekerjaan selama 12 minggu (3 bulan) di syarikat-syarikat terpilih. Pemantauan selepas kursus samada mereka bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri akan dibuat pada bulan ke-3, bulan ke-6 dan bulan ke-12.

Objektif Dan Justifikasi

• Membentuk usahawan-usahawan dalam bidang-bidang berkaitan.
• Menyediakan satu modul pengendalian makanan ringan yang praktikal dan efisien untuk peserta kursus supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan baik dan berkesan;
• Memastikan bahawa mereka mendapat pengetahuan dan latihan yang secukupnya secara teori, praktikal dan mengikut kehendak pasaran semasa;
• Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada peserta mengikut keperluan semasa industri;
• Mewujudkan pekerja yang berkebolehan dan berpengetahuan serta boleh dipasarkan;
• Mewujudkan pekerja yang berdikari, dan
• Merupakan pelaburan sumber manusia di mana sumber manusia ini akan menjadi aset berharga Negeri Selangor.

Tahap Perlaksanaan

Kursus Keusahawanan Makanan Ringan akan mengambil masa 14 minggu bagi setiap kursus di mana termasuk di dalam tempoh ini ialah 2 minggu Latihan Dalam Kelas dan 12 minggu (3 bulan ) Latihan Dalam Pekerjaan yang akan dilakukan di syarikat-syarikat terpilih.

Setiap program ini terdiri daripada beberapa topik yang akan ditawarkan secara sepenuh masa dan intensif dengan menghadiri kuliah dan tutorial serta menyempurnakan tugasan dan kerja kursus.

Program Tahap Aktiviti Bilangan Minggu

Tahap Satu
Latihan Dalam Kelas
- Teori
- Praktikal 2
Tahap Dua
- Latihan Dalam Pekerjaan 12
Jumlah Minggu 14

program pemantauan sepanjang OJT
Program Tahap Ketiga Peringkat Bulan ke-
Pemantauan Pertama 3
Pemantauan Kedua 6
Pemantauan Ketiga 12
Jumlah Bulan 12

Tuesday, March 5, 2013

KEM K2K


Hijrah Training akan menganjurkan KEM KECEMERLANGAN K2K setiap cuti sekolah bermula tahun 2013 ini,
yang akan diadakan di Kem Kalumpang Hulu Langat.
daftar sekarang, tempah tempat awal2.
untuk maklumat lanjut hubungi 019-2725153.

Thursday, November 22, 2012

DEWAN UNTUK DISEWA

Anda berminat untuk menyewa Dewan Hijrah ? Dewan yang boleh memuatkan 40 orang yang berhawa dingin, dilengkapi dengan papan putih, Layar LCD,dll. Anda juga boleh memilih samada mahu menggunakan kerusi lipat atau meja panjang dengan kerusi plastik. Sesuai untuk kumpulan kecil, seperti MLM, Insuran, kelas2 kecil, Mesyuarat, dll. Lokasi : Pusat Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20, Shah Alam. (atas kedai 77 Mart) Hubungi 019-2725153 (Suhaimi) untuk maklumat lanjut.

KURSUS PENSIJILAN PEMASANGAN SYSTEM AEROHUB

Aerohub Technologi sdn bhd yang mengeluarkan AEROHUB Aerosol Frie Suppression System telah mengadakan beberapa siri Kursus Pensijilan bagi Pemasangan Sistem Aeosol cipataannya, satu-nya yang seumpamanya di Malaysia.
maklumat lanjut mengenainya layari AEROSOL SYSTEM

Friday, November 9, 2012

KURSUS STRESS MANAGEMENT


Kursus Stress Management dengan Tajuk "Hijrah Attitude : Kejayaan adalah Kerjayaku" telah diadakan di Dewan Bijaksana, Bangunan CIAST, Seskyen 19 Shah Alam.
Pesertanya ialah kakitangan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, Shah Alam. Seramai 20 orang telah menghadiri sesi pertama kursus ini yang diadakan pada 30-31 oktober 2012.

Selasa, 30 Oktober 2012
1 09.00 – 10.15 Modul 1 : Ice Breaking
2 10.15 – 10.30 Rehat pagi
3 10.30 – 12.30 Modul 2 : Personaliti Pemangkin Produktiviti
4 12.30 – 02.00 Rehat Tengahari
5 02.00 – 04.00 Modul 3 : - Nilai dan Kerjaya dalam Profesionalisme - LDK : Emotional Quotient

Rabu, 31 Oktober 2012
09.00 – 09.30 Senamrobik
6 09.30 – 10.30 Modul 4 : Perancangan Strategik dalam Organisasi
7 10.30 – 11.00 Rehat pagi
8 11.00 – 01.00 Modul 5 : - Kemahiran Komunikasi di bawah Tekanan Kerja
9 12.30 – 02.00 Rehat Tengahari
10 02.00 – 04.00 Modul 6 : - Perancangan kearah Kejayaan - Refleksi dan Rumusan

Tuesday, October 16, 2012

JAMUAN MAKAN KELAS IQRA

Majlis Jamuan Makam Malam khas untuk Kelas Iqra'

PROGRAM BELIA

Program Belia bagi meningkatkan aspek-aspek penting dalam kehidupan, meliputi lima aspek kecerdasan asas manusia.

Sunday, June 10, 2012

BENGKEL BAHASA MELAYU UPSR

Hijrah Training bersama Biro Pendidikan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 Shah Alam telah menganjurkan BENGKEL BAHASA MELAYU UPSR sebanyak tiga siri dengan tajuk SEHARI BERSAMA CIKGU KHAIRUDDIN AYIP, Guru Pakar BM, Penulis lebih 300 buku BM, Jurulatih Utama Kebangsaan untuk KoAkademik. Siri 1 : pada hari AHAD, 27 Mei 2012 seramai 64 orang Siri 2 : pada hari SABTU, 9 Jun 2012 seramai 50 orang Siri 3 : pada hari AHAD, 10 Jun 2012 seramai 75 orang untuk melihat album, sila lawat : https://picasaweb.google.com/112938777662830897028/BENGKELBAHASAMELAYUUPSRDiSRAISek19ShahAlam?authuser=0&feat=directlink

Thursday, March 1, 2012

KEM ANAK SOLEH 2.0



Hijrah Training sekali lagi menawarkan program cuti sekolah KEM ANAK SOLEH-SOLEHAH
Pendaftaran dibuka sekarang.
hubungi : 019-272 5153/ 012-272 2033

Cikgu2u di EKspo Buku Agama Putrajaya







Cikgu2u Centre membuka booth sempena Ekspo Buku Agama Putrajaya pada minggu ini,
semua dijemput ke sana untuk memeriahkannya.

Thursday, February 16, 2012

portal cikgu2u



Portal e-pembelajaran telah berada di pasaran,
dijual dengan sistem Single Level Marketing bukan MLM
dapatkannya pada harga RM 360.00 (pakej individu)
dan RM 500.00 (pakej family)

agen negeri, daerah dan mobile diperlukan segera !
datang setiap Rabu, jam 9.00-10.00 malam di

Cikgu2u Centre
No.5B, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Jalan Singa F 20/F, Off Persiarang Jubli Perak,
Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

hubungi : 012-2725153 (suhaimi) 012-2722033 (arifin)

Wednesday, January 25, 2012

DICARI : EXECUTIVE MARKETING

Diperlukan dengan kadar segera Eksekutif Pemasaran
untuk produk terbaru e-learning di pasaran.
Setakat ini sudahpun digunakan oleh 38 sekolah perintis.
Boleh sepenuh masa ataupun separuh masa.
keuntungan lumayan, dengan modal yang minima
berminat ? hubungi kami 019-2785153/ 012-2722033 sekarang.

Taklimat percuma akan diadakan dalam masa terdekat.

Friday, December 16, 2011

KELAS TUSYEN



HIJRAH EDUCATION CENTRE menawarkan kelas-kelas tusyen seperti berikut ;

UPSR :
1. Selasa : Matematik (8-9 mlm) dan Sains (9-10 mlm)
2. Khamis : Matematik (6-7 ptg), Bhs Inggeris (8-9 mlm), Sains (9-10 mlm)
3. Jumaat : Bhs Melayu (6-7 ptg), Bhs Melayu (8-9 mlm), Bhs Inggeris (9-10 mlm)

PMR :
1. Isnin : Bhs Melayu (5-6ptg), Sejarah (6-7ptg, Sains (8-9mlm), Math (9-10mlm)
2. Selasa : Pend Islam (5-6ptg, Bhs Arab (6-7mlm), Bhs Inggeris (8-9mlm)
3. Rabu : Bhs Melayu (5-6ptg), Sejarah (6-7ptg), sains (8-9mlm), Math (9-10mlm)
4. Khamis : Geografi (5-6ptg), Geografi (6-7ptg)

SPM :
1. Isnin : Sejarah (5-6ptg), Bhs Melayu (6-7ptg), Math (8-9 mlm), Sains (9-10mlm)
2. Selasa : Bhs Arab (T) (5-6ptg), Pend. Islam (6-7ptg), Bhs Inggeris (9-10mlm)
3. Rabu : Sejarah (5-6ptg), Bhs Melayu (6-7ptg), Math (8-9mlm), Sains (9-10mlm)
4. Khamis : Add Maths (5-6ptg), Add Maths (6-7ptg), Bhs Inggeris (9-10mlm)
5. Jumaat : Perakaunan (5-6ptg) perakaunan (6-7ptg), Ekonomi (8-9mlm) Ekonomi (9-10mlm)
6. Sabtu : Fizik (9-10pagi), Fizik (10-11pagi, Kimia (11-12) & (2-3ptg), Bioligi (3-4ptg)

KELAS AL-QUR'AN SESI PAGI & PETANG




Hijrah menawarkan KELAS IQRA' & KELAS AL-QUR'AN
pada setiap hari ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS
jam 8.30 pagi hingga 9.45 pagi (Sesi Pagi)
jam 2.30 ptg hingga 3.45 petang (Sesi Petang)
untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
yuran bulanan RM 80.00 sahaja.

Wednesday, December 7, 2011

KEM ANAK SOLEH





"mengasah kreativiti"
"Solat Dhuha, Zuhur dan Asar berjemaah"
"Solat Dhuha, Zuhur dan Asar berjemaah"
"latihan jawi dan kemahiran"
"persembahan"

Kem Anak Soleh [KASEH] siri satu 2011 telah dengan jayanya diadakan pada 5-15 Dis 2011.
Seramai 14 orang peserta perintis mengikuti program ini,
program seumpama ini akan diteruskan setiap cuti sekolah.

menyusul selepas ini adalah Kursus Smart Solat
hari : Sabtu - Ahad.

Wednesday, November 30, 2011

KELAS PENGAJIAN AL-QUR'AN (KANAK-2)



Kelas Pengajian Al-Qur'an dan IQRA' untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
akan dibuka bermula bulan Januari 2012.

Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat
Masa : 8.00 - 9.30 malam
Yuran : RM 90.00
Tempat : 5B, jalan singa F 20/F, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20
[ atas pasaraya 77 speedmart ]

Tentatif :
8.00 : doa dan hafazan
8.15 : mengaji individu
9.15 : fardhu ain dan doa
9.30 : bersurai

sms nama pelajar ke 012-272 2023 / 019- 278 5153

Wednesday, November 23, 2011

SALAM MA'AL HIJRAH



Salam Ma'al Hijrah 1433 H daripada
trainer, motivator, fasilitator dan seluruh staf
Hijrah Training & Management.