Thursday, August 13, 2015

KURSUS KEUSAHAWANAN MAKANAN

Kursus Keusahawanan Makanan Ringan adalah merupakan program kursus pensijilan yang dirangka untuk memberi peluang kepada belia menganggur yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan peluang ini juga dibuka kepada graduan atau belia yang masih belum mendapat pekerjaan. Program ini juga bertujuan membuka terus peluang pekerjaan kepada anak-anak muda selepas tamat kursus, supaya mereka dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka. Peserta akan diberi kursus Latihan Dalam Kelas selama 2 minggu dan Latihan Dalam Pekerjaan selama 12 minggu (3 bulan) di syarikat-syarikat terpilih. Pemantauan selepas kursus samada mereka bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri akan dibuat pada bulan ke-3, bulan ke-6 dan bulan ke-12.

Objektif Dan Justifikasi

• Membentuk usahawan-usahawan dalam bidang-bidang berkaitan.
• Menyediakan satu modul pengendalian makanan ringan yang praktikal dan efisien untuk peserta kursus supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan baik dan berkesan;
• Memastikan bahawa mereka mendapat pengetahuan dan latihan yang secukupnya secara teori, praktikal dan mengikut kehendak pasaran semasa;
• Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada peserta mengikut keperluan semasa industri;
• Mewujudkan pekerja yang berkebolehan dan berpengetahuan serta boleh dipasarkan;
• Mewujudkan pekerja yang berdikari, dan
• Merupakan pelaburan sumber manusia di mana sumber manusia ini akan menjadi aset berharga Negeri Selangor.

Tahap Perlaksanaan

Kursus Keusahawanan Makanan Ringan akan mengambil masa 14 minggu bagi setiap kursus di mana termasuk di dalam tempoh ini ialah 2 minggu Latihan Dalam Kelas dan 12 minggu (3 bulan ) Latihan Dalam Pekerjaan yang akan dilakukan di syarikat-syarikat terpilih.

Setiap program ini terdiri daripada beberapa topik yang akan ditawarkan secara sepenuh masa dan intensif dengan menghadiri kuliah dan tutorial serta menyempurnakan tugasan dan kerja kursus.

Program Tahap Aktiviti Bilangan Minggu

Tahap Satu
Latihan Dalam Kelas
- Teori
- Praktikal 2
Tahap Dua
- Latihan Dalam Pekerjaan 12
Jumlah Minggu 14

program pemantauan sepanjang OJT
Program Tahap Ketiga Peringkat Bulan ke-
Pemantauan Pertama 3
Pemantauan Kedua 6
Pemantauan Ketiga 12
Jumlah Bulan 12